28 Februari 2011

muhasabah diri, kegelapan hanya menanti kehancuran

Sering kali aku memikirkan masa depan aku, semakin difikirkan semakin aku mengelabah. Memang diakui kita merancang segalanya namun jangan disangka ia akan seperti yang dijangkakan kerana Allah SWT yang menentukan. Segala kejadian dan peristiwa tidak akan terjadi tanpa kebenaran-Nya.

Apabila aku terus memikirkan, terus aku kecewa dengan kehidupan sekarang ini. Aku akui banyak kekurangan di dalam kehidupan aku yang serba kekurangan. Bukan niat aku untuk tidak bersyukur tetapi aku memikirkan kelemahan yang ada pada diri aku yang menjadikan sebegini. Aku memang insan yang lemah dan kerdil di sisi Allah SWT, sering kali aku membetulkan jalan yang dilalui aku tapi sering kali aku terbabas dari jalan yang diredhai Allah SWT.

Aku mengerti kemurkaan Allah terhadap hamba-Nya, tetapi nafsu hitam yang diselami oleh syaitan terus menjadi raja di dalam kehidupan aku. Banyak kali aku ingin membetulkan tapi terlalu sukar untuk aku meninggalkan kegelapan yang memang terbukti keseronakan didunia ini tetapi dihina di akhirat nanti. Apalah dapat aku lakukan, aku bersyukur dengan kenikmatan Allah SWT yang diberi kepada aku tetapi kelakuan aku memang membuktikan aku tidak bersyukur kerana menikmati anugerah Allah SWT ke jalan kegelapan.

Aku akan cuba betulkan jalan yang dilalui, semoga Allah SWT memberi aku hidayah dan kekuatan iman agar aku boleh membetulkan kegelapan yang telah aku cipta dan membersihkan kegelapan tersebut kepada jalan yang diredhai oleh Allah SWT dan menjadi insan yang beriman dan soleh kepada orang tua aku.
Insya'Allah.. aku cuba lakukan, semoga aku mampu lakukan.. i can do it, i try it and prove it because Allah always with me.. :)




1 ulasan:

  1. klu te ikhlas dgn khndak-NYA...pasti kt akn tdak putus ase tuk mmcube...mmg senang nk ckp sbb kt xmerasai nye...tp tu la hakikit nye

    BalasPadam